Sekitar Lawatan Pengarah JKR Perak Di JKR Perak Perak Tengah

Part 1

Jamuan Eidul Fitri JKR Perak Tengah 2008

Part 2

Lawatan Ke Tanjung Balai Pulau Karimun

Monday, October 20, 2008

Lawatan Pengarah JKR Perak Ke JKR Perak Tengah




20.10.2008

Dalam kesibukan Tuan Pengarah JKR Negeri Perak beliau sempat jua meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan JKR Perak Tengah Seri Iskandar seterus menghadiri Jamuan Eidul Fitri yang turut di adakan padahari yang sama.

Kami kakitangan JKR Perak Tengah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran beliau mengadakan lawatan ke JKR Perak Tengah.Segala amanat dan nasihat beliau akan menjadi sumber inspirasi jabatan ini meneruskan tradisi kecemerlangan.

Friday, June 6, 2008

Lawatan Ke Tanjung Balai , Pulau Karimun Indonesia.






Pada tanggal 31.5.2008 hinga 2.6.2008 Jkr Perak Tengah telah mengadakan lawatan ke JKR Daerah Pontian Johor seterusnya ke Pulau Karimun.,Indonesia.Bertolak kira kira 11 pagi dan rombongan Jkr Perak Tengah seramai 20 orang di sambut oleh Jkr Pontian di ketuai oleh En.Uzir.

Makan malam di sediakan oleh kakitangan Jkr Pontian yang kebetulan ketika itu ada membuat kenduri pindah kuarters baru.Tempat penginapan di sediakan oleh pihak JKR Pontian.Keesokkan pagi kira kira jam 9.30 pagi kami di uruskan oleh E. Uzir bertolak ke Pulau Karimun dan segala urusan perjalanan di uruskan oleh beliau.

Kembali ke tanahair kami terus ke JKR Pontian untuk memberi cenderahati dari JKR Perak Tengah.Pihak JKR Perak Tengah mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh JKR Pontian.Kesempatan ini juga pihak JKR Perak Tengah menjemput JKR Pontian berkunjung ke daerah kami pula membalas kunjungan kami tempohari.

Tuesday, May 27, 2008

Lawatan Kerja MB Perak Ke Daerah Perak Tengah





MB Besar Perak Datuk Seri Ir.Haji Mohamad Nizar Jamaluddin semalam telah mengadakan lawatan kerja ke Daerah Perak Tengah.Taklimat perkembangan daerah di sampaikan oleh Pegawai Daerah En. Hasim bin Haji Hasan berserta ketua - ketua bahagian kakitangan kerajaan.Turut hadir KSU Negeri,Bendahari Negeri dan Orang Besar Jajahan Perak Tengah.Kehadiran di anggarkan kira kira 4000 orang termasuk para imam,kakitangan kerajaan serta orang ramai yang berpusu pusu ingin menatap sendiri wajah MB mereka.

Majlis berlangsung dalam keadaan harmoni,pelbagai lapisan masyarakat yang hadir berpuas hati dengan penerangan MB mengenai isu - isu semasa serta dasar dan polisi kerajaan Pakatan Rakyat.Dalam ucapannya MB menekankan kakitangan kerajaan harus melakukan tugas dengan rasa tanggungjawab telus dan amanah tanpa perlu risau tekanan mana mana pihak.



Ratu JKR PRK TGH

Friday, May 16, 2008

Sambutan Hari Pekerja Jkr Perak Tengah



    Sempena sambutan Hari Pekerja Jkr Perak Tengah satu ceramah agama telah diadakan di Dewan Serbaguna Jkr Perak Tengah.Ikutan sedikit sedutan cramah tersebut di TV Jkr Perak Tengah

Thursday, May 8, 2008

SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN AKTIVITI JABATAN KERJA RAYA PERAK TENGAH

JKR Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1hb. Ogos 1979. Penubuhan JKR Daerah Perak Tengah ini adalah disebabkan oleh beberapa aspek. Pertamanya adalah kerana Daerah Perak Tengah sendiri yang telah ditubuhkan pada 1936 iaitu lebih 40 tahun usianya tentunya banyak program-program pembangunan yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia. Dengan adanya sebuah organisasi JKR di bawah pentadbiran Daerah Perak Tengah secara langsung maka proses perlaksanaan program-program pembangunan akan menjadi lebih baik dan berkesan.Keduanya dengan tertubuhnya JKR Daerah Perak Tengah ini maka beban kerja yang selama ini ditanggung oleh Daerah Kuala Kangsar, Kinta, Manjung dan Hilir Perak telah dapat dikurangkan.
Organisasi
Semasa ditubuhkan pada tahun 1979 kakitangannya hanya terdiri daripada seorang Jurutera Kerja dan beberapa orang kakitangan iaitu seorang Kerani, Juruteknik, Juruteknik Rendah, Pelukis Pelan serta beberapa orang Pekerja Am. Memandangkan kepada tugas yang berat yang ditanggung oleh seorang Jurutera Kerja dalam melaksanakan program-program pembangunan di dalam daerah maka pada tanggal 1hb. Januari 1981 jawatan tersebut telah dinaiktaraf kepada jawatan Jurutera Daerah JKR Perak Tengah sepertimana daerah-daerah yang lain.

Setelah beberapa tahun kemudian JKR Perak Tengah telah berkembang menjadi sepertimana JKR Daerah lain yang mana ianya dipimpin oleh Jurutera Daerah yang mentadbir Bahagian Pentadbiran, Bangunan, Jalan, Pendidikan, Elektrik, Stor, Senibina dan Ukur Bahan serta mempunyai Cawangan-cawangan kecil di bawahnya yang mempunyai peranan masing-masing. Kini JKR Perak Tengah mempunyai 154 orang kakitangan.

PENGENALAN

Sesuai dengan namanya Daerah Perak Tengah terletak di bahagian Tengah Negeri Perak dan bersempadan dengan Daerah Kuala Kangsar di Utara, Hilir Perak di Selatan, Manjung di Barat dan Kinta di sebelah Timur. Daerah ini telah diwujudkan pada tahun 1936 di mana sebelum tarikh tersebut ianya merupakan sebahagian kecil dari Daerah Kuala Kangsar, Hilir Perak, Manjung dan juga Kinta. Daerah ini meliputi kawasan seluas 1282 km. persegi dan mempunyai penduduk seramai 67,290 orang (mengikut bancian tahun 1991). Hasil utama penduduk daerah ini ialah di sektor pertanian seperti padi, getah, kelapa sawit dan juga buah-buahan seperti durian dan lain-lain.
Bandar Seri Iskandar merupakan pusat pentadbiran daerah ini manakala Kampung Gajah pula merupakan sebuah Daerah Kecil di daerah ini.
Daerah Perak Tengah merupakan sebuah daerah yang penuh bersejarah di mana di daerah inilah telah bermulanya sejarah penentangan orang-orang Melayu terhadap pendudukan Inggeris di Negeri Perak.
Jika kita sebut nama Pasir Salak maka kita tidak dapat memisahkannya dengan Pahlawan-pahlawan Melayu yang terkenal seperti Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan yang seangkatan dengan mereka.
Di Pasir Salak jugalah tempat berlakunya peristiwa pembunuhan Residen Inggeris yang pertama iaitu J.W.W. Birth yang merupakan detik bermulanya penentangan orang-orang Melayu yang diketuai oleh Dato’ Maharajalela terhadap pihak penjajah Inggeris di Negeri Perak. Sesuai dengan namanya Daerah Perak Tengah terletak di bahagian Tengah Negeri Perak dan bersempadan dengan Daerah Kuala Kangsar di Utara, Hilir Perak di Selatan, Manjung di Barat dan Kinta di sebelah Timur. Daerah ini telah diwujudkan pada tahun 1936 di mana sebelum tarikh tersebut ianya merupakan sebahagian kecil dari Daerah Kuala Kangsar, Hilir Perak, Manjung dan juga Kinta. Daerah ini meliputi kawasan seluas 1282 km. persegi dan mempunyai penduduk seramai 67,290 orang (mengikut bancian tahun 1991). Hasil utama penduduk daerah ini ialah di sektor pertanian seperti padi, getah, kelapa sawit dan juga buah-buahan seperti durian dan lain-lain.
Bandar Seri Iskandar merupakan pusat pentadbiran daerah ini manakala Kampung Gajah pula merupakan sebuah Daerah Kecil di daerah ini.
Daerah Perak Tengah merupakan sebuah daerah yang penuh bersejarah di mana di daerah inilah telah bermulanya sejarah penentangan orang-orang Melayu terhadap pendudukan Inggeris di Negeri Perak.
Jika kita sebut nama Pasir Salak maka kita tidak dapat memisahkannya dengan Pahlawan-pahlawan Melayu yang terkenal seperti Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan yang seangkatan dengan mereka.
Di Pasir Salak jugalah tempat berlakunya peristiwa pembunuhan Residen Inggeris yang pertama iaitu J.W.W. Birth yang merupakan detik bermulanya penentangan orang-orang Melayu yang diketuai oleh Dato’ Maharajalela terhadap pihak penjajah Inggeris di Negeri Perak.