Sekitar Lawatan Pengarah JKR Perak Di JKR Perak Perak Tengah

Part 1

Jamuan Eidul Fitri JKR Perak Tengah 2008

Part 2

Lawatan Ke Tanjung Balai Pulau Karimun

Thursday, May 8, 2008

SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN AKTIVITI JABATAN KERJA RAYA PERAK TENGAH

JKR Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1hb. Ogos 1979. Penubuhan JKR Daerah Perak Tengah ini adalah disebabkan oleh beberapa aspek. Pertamanya adalah kerana Daerah Perak Tengah sendiri yang telah ditubuhkan pada 1936 iaitu lebih 40 tahun usianya tentunya banyak program-program pembangunan yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia. Dengan adanya sebuah organisasi JKR di bawah pentadbiran Daerah Perak Tengah secara langsung maka proses perlaksanaan program-program pembangunan akan menjadi lebih baik dan berkesan.Keduanya dengan tertubuhnya JKR Daerah Perak Tengah ini maka beban kerja yang selama ini ditanggung oleh Daerah Kuala Kangsar, Kinta, Manjung dan Hilir Perak telah dapat dikurangkan.
Organisasi
Semasa ditubuhkan pada tahun 1979 kakitangannya hanya terdiri daripada seorang Jurutera Kerja dan beberapa orang kakitangan iaitu seorang Kerani, Juruteknik, Juruteknik Rendah, Pelukis Pelan serta beberapa orang Pekerja Am. Memandangkan kepada tugas yang berat yang ditanggung oleh seorang Jurutera Kerja dalam melaksanakan program-program pembangunan di dalam daerah maka pada tanggal 1hb. Januari 1981 jawatan tersebut telah dinaiktaraf kepada jawatan Jurutera Daerah JKR Perak Tengah sepertimana daerah-daerah yang lain.

Setelah beberapa tahun kemudian JKR Perak Tengah telah berkembang menjadi sepertimana JKR Daerah lain yang mana ianya dipimpin oleh Jurutera Daerah yang mentadbir Bahagian Pentadbiran, Bangunan, Jalan, Pendidikan, Elektrik, Stor, Senibina dan Ukur Bahan serta mempunyai Cawangan-cawangan kecil di bawahnya yang mempunyai peranan masing-masing. Kini JKR Perak Tengah mempunyai 154 orang kakitangan.

No comments: